Khamis, 19 Julai 2007

Lahirnya usahawan komputer di Tanjung Rimau Dalam,Alor Gajah, Melaka


Assalamualaikum...

Sesudah saya menyertai Program Pembentukan Usahawan Teknikal ( PUTEK ) di Ancasa Hotel MITC pada 13 - 22 Mei 2007, saya mendaftarkan bisnes saya atas nama ICT Niaga Enterprise.

Ia didaftarkan pada tarikh 07 / 07 / 2007, semasa berlangsungnya pameran Satu Daerah Satu Industri ( SDSI ) di MITC. Di kesempatan itu saya bertemu dengan para usahawan SDSI untuk mempromosikan perkhidmatan saya.

Buat sementara waktu, saya menjalankan bisnes ini di rumah sementara saya dalam proses untuk membuat pinjaman perniagaan pada pihak MARA,TEKUN ataupun mana-mana organisasi yang dirasakan sesuai dan dapat membantu mengembangkan lagi bisnes saya. Dalam perancangan, saya akan membuka premis perniagaan di Tampin, Negeri Sembilan kerana di situlah saya bersekolah dari peringkat rendah hingga menengah iaitu di Sekolah Kebangsaan Tampin ( sekolah rendah ) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tampin ( sekolah menengah )

Berita Pingje

Berita Busuk

Berita Kartikel

Berita Apesal

Ekonomi Siber

Pakej Import Dari China Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH Eruwan Gerry Affiliates

Blogger & Bloggies