Khamis, 14 Oktober 2010

Pening, demam, selsema, sakit tekak dan batuk-batuk

     

     

 Salam sejahtera...

Berapa kalikah anda mengalami masalah kesihatan seperti tajuk artikel di atas dalam masa setahun?.  Pada saya sendiri, saya mengalami beberapa komplikasi kesihatan seperti tajuk artikel tersebut, dalam setahun lebih kurang sebanyak 2 atau 3 kali.  Saya juga mengamalkan pemakanan yang lain dari biasa iaitu selain dari memakan ubat sama ada yang dibeli di klinik atau kedai.

Sebagai contoh, jika saya menghidapi tanda-tanda akan selsema ataupun sudah selsema, saya akan makan ais krim (jenis yang berkrim) dan niatkannya sebagai ubat untuk legakan & hilangkan selsema.  Dan ianya berkesan untuk saya.  Selain itu, saya akan kerap minum teh o suam dan makan sup panas, tidak kira apa jenis sup.  Tapi yang jadi pilihan ialah sup ayam.  Saya juga akan minum minuman bergas dan lepaskan gas tersebut di hidung. Ia dapat melegakan masalah hidung tersumbat.  Lagi kuat gasnya lagi elok..

Jika mengalami batuk, antara petua tradisional yang saya buat ialah campurkan kapur (kapur orang buat makan dengan sirih) dengan perahan limau nipis, kemudian sapukan rata pada bahagian leher. Seelok-eloknya sapu semasa hendak berehat panjang ataupun nak tidur.  Ulangi sapuan ini sehingga batuk reda atau hilang.

Semasa batuk dan selsema, jangan atau elakkan dari makan makanan yang berminyak dan minuman yang sejuk (berais). Kopi & milo tidak digalakkan untuk orang batuk.

~p/s: petua di atas adalah telah dicuba oleh saya sendiri.  Kemujarabannya mungkin berbeza pada orang lain.

0 Maklumbalas:

Berita Pingje

Berita Busuk

Berita Kartikel

Berita Apesal

Ekonomi Siber

Pakej Import Dari China Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH Eruwan Gerry Affiliates

Blogger & Bloggies