

**Baca betul-betul tajuk artikel ini jangan tersalah baca (bukan bra tapi pra tau....)
Assalamualaikum....
Dah mula buat persiapan raya...? Membeli pakaian mungkin...?. Gambar-gambar di atas merupakan apa yang saya beli semalam (15 Ogos 2011) sempena pra raya. Mungkin lagi beberapa hari nak raya saya akan beli lagi tapi lebih kepada baju. Rasa puas kerana duit yang saya gunakan untuk membeli barang-barang berkenaan adalah hasil dari perniagaan kecil yang saya usahakan.
Dua lokasi belian barangan berkenaan adalah di Pasaraya Borong Sakan Sdn Bhd (milik Haji Umar Yatim) yang beralamat di No.46-50, Jalan BPM 5, Taman Bukit Piatu Mutiara, 75150 Melaka dan Mydin Wholesale Emporium Melaka beralamat di No.2A-26, Jalan PMS 3, Plaza Melaka Sentral, 75400 Melaka. Dua lokasi ini amat bersesuaian untuk kita berbelanja pada harga yang menjimatkan dalam menyediakan persiapan untuk sebarang perayaan.
Saya akui, tempat-tempat harga murah macam ni mungkin tidak disukai oleh sesetengah mereka yang "banyak duit", namun kualiti barangan yang ditawarkan adalah berpatutan dengan harganya. Tagline yang saya gunakan untuk situasi begini ialah "biau murah asal bergaye...".
Jika beli pakaian yang mahal-mahal, akhirnya bila dah koyak atau dimakan serangga, akan dibuang juga atau dibuat alas kaki dan pembalut buah. Beli yang murahpun masih tetap cantik, selesa dan kualiti yang memuaskan.

















































8 Maklumbalas:
pasaraya borong sakan kat melaka ini
kaloi tak penah plak pegi lagi
setuju je kalo nak beli yg murah
tp tak salah juge kan nk beli yg mhl sikit utk raye...setahun sekali jer heeee ^__^
Tidak salah selagi tidak termasuk sempadan pembaziran. Jika kita ada perbelanjaan lain yang lebih perlu,tidak perlulah untuk beli pakaian yang mahal-mahal.
Contohnya bil elektrik dan air adalah lebih utama pembayarannya dari membeli pakaian yang mahal harganya.
Sanggupkah kita semata-mata ingin membeli pakaian mahal, tetapi tidak cukup duit membayar bil-bil utiliti...?
PASARAYA BORONG SAKAN MELAYU PUNYA ERK... INGATKAN BUKAN MELAYU PUNYA...
membeli belah utk raya setahun sekali je, bukan nak bazir, apa salah kalau mampu
p/s td ada komen, tak tau duplicate ke tak
Sama ada setahun sekali atau seabad sekali, yang menjadi perkara pokok ialah keutamaan keperluan serta isu pakaian mahal atau yang jenis harga bajet.
Jika kita mampu sekalipun beli baju "mahal-mahal", tetapi patutkah kita membiarkan "jiran" ataupun orang yang kita kenal kelaparan, sedangkan dengan membeli pakaian yang berharga bajet, maka lebihan duit itu kita dapat membantu mereka yang benar-benar memerlukan.
Ok, macam ni la contohnya, kita beli pakaian atau kelengkapan rumah "mahal gile", sehingga duit tak cukup nak bayau (bayar) bil elektrik. Tengah-tengah hari raya bekalan elektrik kita dipotong lantaran bil tak bayau...
di muo ada jgk tapi bukan pasar raya..cuma kedai borong sakan je dkt roundabout jln bakri he he :)
janji cantik di mata... beli jer...
Kalau cantik di mata tetapi tak sesuai di badan, tak boleh...
Manusia kerap kali tertipu dengan ilusi sesuatu keindahan dan kecantikan yang hanya dari luaran sahaja....
Catat Ulasan