Ahad, 21 Ogos 2011

PEMBAZIRAN: antara erti bersyukur, yang haq dan yang bathil

 
**Sekadar gambar hiasan | sumber : Google

video
**Keinsafan
Assalamualaikum...


Dalam menghadapi himpitan perbelanjaan harian yang semakin meningkat akhir-akhir
ini, pelbagai pihak menyeru agar kita sebagai pengguna berjimat cermat atau
berhemat ketika berbelanja.  Kenaikan harga petrol, peningkatan harga barangan
runcit (beras, tepung dan gula) dan barangan basah seperti (ayam, ikan, daging dan sebagainya) mendorong pengguna untuk berhati-hati sewaktu merangka atau merancang bajet kewangan mereka.

Agama Islam begitu menitikberatkan persoalan berhemat dalam membelanjakan harta atau wang, dan Islam menegaskan agar umatnya tidak melakukan pembaziran yang hanya akan mendatangkan kerugian.  Pembaziran diambil dari kalimah Bahasa Arab iaitu yang bermaksud membazir atau boros.  Manakala dari sudut istilah Syarak pula membawa maksud sesuatu yang dikeluarkan pada jalan yang bukan hak (kebenaran).

Dalam membincangkan tentang perihal pembaziran, ramai di kalangan kita yang tersalah anggap hingga menganggapkan ruang lingkup pembaziran hanya wang dan harta benda sahaja. Sesungguhnya konsep pembaziran itu sangat luat skopnya dan ruang perbincangannya mencakupi perkara-perkara bersifat material (kebendaan) dan bukan material.

Perkara-perkara yang berbentuk kebendaan meliputi harta benda seperti wang ringgit, makanan, minuman, pakaian, air, tenaga (elektrik dan minyak petrol) dan sebagainya. Manakala pembaziran dari sudut bukan material pula termasuklah tenaga, masa, perbuatan manusia, kuasa, usia dan sebagainya.

Harta benda, wang, pangkat, pakaian, kenderaan, kediaman, tenaga, masa dan sebagainya  itu adalah nikmat pemberian Allah SWT yang wajar kita hargai dengan memanfaatkannya ke jalan yang baik.
 
Gambar dan video di awal artikel ini adalah sebagai renungan bersama.  Ada masanya gambar dan video boleh memberikan penjelasan dengan lebih baik mengenai sesuatu perkara, sama ada ianya dusta atau kebenaran.  Hayati, renungkan serta ambil ikhtibar pada gambar dan video di atas.  Adakah ianya berlaku di persekitaran anda?

2 Maklumbalas:

salam bro..betul tu..semua benda lat alam ni Allah yg punya tapi manusia biasa la makin lupa..sebab bila Allah turunkan sesuatu kejadian pasti ada sebabnnya..tapi manusia masih lupa..payah la ..susah untuk kita betulkan apa yg telah bengkok..cuma berdoa untuk yg pastinye..

aku amik qoute Nik Aziz.."kalau mu samseng, Aku (Tuhanmu) lagi samseng, kalau mu sombong, Aku(Tuhanmu) lagi sombong,"..jgn salah paham cuma aku suka qoute ni..tapi biasa la kita masih lupa...

Salam sejahtera...

Kata-kata Nik Aziz itu bukan kata-kata ciptaannya ianya dari firman Allah S.W.T (betulkan saya jika saya silap).

Tetapi puak-puak yang berhati batu, berlumut dan kotor itu menyebarkan fitnah bahawa menuduh Nik Aziz mengatakan bahawa Allah S.W.T itu Samseng dan sombong. Mereka ini sama ada berfikiran sempit, tidak cukup akalnya atau kedua-duanya sekali membuat kesimpulan serta anggapan yang melulu tanpa berfikir dengan akal yang dipandukan keimanan.

Mereka lebih inginkan habuan di dunia dan rela menyalak ke hulu ke hilir menyebarkan fitnah asalkan mendapat ganjaran dari pemimpin munafik dan keji mereka itu walaupun ada di kalangan mereka sedar bahawa ianya dusta belaka.

Berita Pingje

Berita Busuk

Berita Kartikel

Berita Apesal

Ekonomi Siber

Pakej Import Dari China Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH Eruwan Gerry Affiliates

Blogger & Bloggies